Saturday, October 4, 2008

Aidilfitri 2008

1 Syawal 1429.....is hari kemenangan semua umat Islam seluruh dunia..(for those yang berpuasa saje yek)....Well, i can say Aidilfitri tahun ini merupakan hari yang paling indah & bahagia untuk aku dan keluarga.......Dipagi hari raya, semua berkumpul di rumah kakak aku, kak cik........menu pagi raya ialah nasi minyak, gulai ayam, ayam goreng & ayam masak merah......sungguh...hari raya yang paling indah yang akan ku abadaikan disepanjang hidup kami....usai bermaafan/dan bergambar...kami menjamu selera........dan selapas itu tibalah acara yg dinanti2kan iaitu acara memahagi duit raya..of courselah yang paling bergembira anak2 saudara....teringat semasa dulu...aku juga antara yang dapat duit raya..namun begitu pada hari raya ini aku juga tidak ketinggalan mendapat duit raya dari abangku..hehehehehe....RM50 ringgit is more than enough for my age..thank u abg lie...........

seperti kelaziman keluarga lain, selesai upacara dirumah, kami beramai2 kepusara bonda Che Wan Yah binti Ngah dan Arwah kekanda Annis Arshad...menghadiahkan bacaan Yaasin. Suasana menjadi syahdu dengan linangan air mata....Ibuku telah kembali ke rahmatullah pada 30hb Julai 2008 iaitu lebih kurang 2 bulan sebelum Syawal......Jikalah ibuku masih ada disaat ini, pastinya beliau rasa amat bahagia & bersyukur kerana melihat keakraban hubungan antara anak2 mahupun menantu.........Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas arwah bonda yang tercinta.......... Ameennnn...........


PUSARA BONDA
SENTUHAN PUITIS NAN INDAH INI ADALAH KARYA
USMAN AWANG

Ingatan buat arwah bonda Che Wan Yah bt Ngah……

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

mak...............along rindukan kan mak...........

No comments: