Saturday, October 4, 2008

secebis kedamaian


MAsih lagi di rumah kak cik.....kebosanan..sambil mengadap hidangan pagi ..beehoon goreng yang kata suamiku the best ever mee hoon yg dia pernah makan....(sengih ke telinga kak cik mendengar pujian itu...ehheheheE)..tiba-tiba abg jamak mengutarakan idea yg tak jadi semalam utk di jalankan pada hari ini.....iaitu ke kawasan air terjun uitm.......so dalam separuh..kami bersetuju & terus menghubungi kakak sulung ku kak tipah utk turut serta...so pukul 10 pagi kami bertolak..dalam keterujaan yang amat sangt.....lebih kurang pukul 10.20 pagi kami sampai dikawasan tersebut....suasana yang ceria dan sunyi sepi...tenang...damai dengan alaunan cengkerik dan unggas rimba sungguh tenang....anak ku yg berumur 1thun setengah itu juga berlari kegembiraan...maklumlah..this is the firtst time aku bawa dia ke kwasan sebegitu.... sunggunh ceria dan gembira sekali dia dengan abg2 dan kakak2 sepupunya.......


tanpa membuang masa, aku dan sikecilku, anak2 buahku terus terjun ke dalam air..splashhhhhh......fuhhhh hanya...tek tergambar betapa sejuk semulajadi dan deru air itu menghilangkan segala satu macam rasa....yang tidak enak.......teringat zaman sekolah ketika aku masih aktif dengan segala ekspidisi mendaki gunung, jungle tracking etc...dalm keadaan ini teringat kata-kata kakakku.....situasi ini walaupn sekejap.....cukuplah untuk bekalan setahun....lagi katanya....disaat kembali bekerja nanti, pabila ketensenan kembali menjengah..inilah saat yang akan kita kenang...yang mana mungkin boleh menghambat rasa tension itu......................

Aidilfitri 2008

1 Syawal 1429.....is hari kemenangan semua umat Islam seluruh dunia..(for those yang berpuasa saje yek)....Well, i can say Aidilfitri tahun ini merupakan hari yang paling indah & bahagia untuk aku dan keluarga.......Dipagi hari raya, semua berkumpul di rumah kakak aku, kak cik........menu pagi raya ialah nasi minyak, gulai ayam, ayam goreng & ayam masak merah......sungguh...hari raya yang paling indah yang akan ku abadaikan disepanjang hidup kami....usai bermaafan/dan bergambar...kami menjamu selera........dan selapas itu tibalah acara yg dinanti2kan iaitu acara memahagi duit raya..of courselah yang paling bergembira anak2 saudara....teringat semasa dulu...aku juga antara yang dapat duit raya..namun begitu pada hari raya ini aku juga tidak ketinggalan mendapat duit raya dari abangku..hehehehehe....RM50 ringgit is more than enough for my age..thank u abg lie...........

seperti kelaziman keluarga lain, selesai upacara dirumah, kami beramai2 kepusara bonda Che Wan Yah binti Ngah dan Arwah kekanda Annis Arshad...menghadiahkan bacaan Yaasin. Suasana menjadi syahdu dengan linangan air mata....Ibuku telah kembali ke rahmatullah pada 30hb Julai 2008 iaitu lebih kurang 2 bulan sebelum Syawal......Jikalah ibuku masih ada disaat ini, pastinya beliau rasa amat bahagia & bersyukur kerana melihat keakraban hubungan antara anak2 mahupun menantu.........Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas arwah bonda yang tercinta.......... Ameennnn...........


PUSARA BONDA
SENTUHAN PUITIS NAN INDAH INI ADALAH KARYA
USMAN AWANG

Ingatan buat arwah bonda Che Wan Yah bt Ngah……

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

mak...............along rindukan kan mak...........